Follow | Dashboard




Welcome!
Welcome to Eiyra Hisham's world!.
I don't like the rippers and copycats.
Your comment makes me happy ^^
bold italic strike underline em


Sila tinggalkan jejak anda di bahagian 'Taggie',supaya mudah untuk saya menjejak anda kembali. Terima Kasih! :)

Navigation
Affies
Taggie


Credits
Template by : LovelessSagiri
Some inspiration of : Tumblr
Best view : Google Chrome
Sozai : Kawaii Box
Re-edit by : Eiyra Hisham
.Eiyra Hisham.

Sabtu, 22 Disember 2012 | 0 Comment(s). Leave me one?
Selamat malam dan salam sejahtera semuanya! macam mana dengan korang malam ni? aku harap korang semua dalam keadaan yg baikbaik hendaknya.. dalam erti kata lain,aku harap korang happy dan bahagia disamping yg tersayang.. :) Tak kira la bersama keluarga,sahabat handai..atau pun bersama teman istimewa korang.. yg single tu tak bermakna tidak ada yg menyayangi mereka bukan?? sudah tentu ada,keluarga mereka dan sudah tentunya yg di atas tu.. yg sentiasa melihat kita,sentiasa mengetahui apa yg kita lakukan dan sudah semestinya apa yg berada dalam hati kita ni..betul tak? ye! tepat sekali,ALLAH sentiasa bersama kita.. lebih lebih lagi bila kita dekatkan diri kita kepada-NYA.. lagi bertambah dekatlah DIA dengan kita.. pilihan semua ditangan kita sendiri..hikhik.. :)
 
Ok, korang semua tengok tajuk entry aku tu.. apa yg ada dalam fikiran korang bila korang baca tajuk entry tu? come on! sila kasi tahu aku boleh? but it's ok if korang taknak kongsi jawapan korang dengan aku.. mungkin tu privacy korangkan?? tak mengapa,aku faham.. :) btw,aku ada pendapat aku sendiri berkaitan dengan tajuk entry aku nih.. dah ready nak tahu? ok,jom mulakan!
 
  1. Bila kita tidak dihargai oleh keluarga kita sendiri : ok,aku nak tanya korang.. ada ke salah sorang dari ahli keluarga korang yg tidak menghargai korang? aku tak sure ke ada atau tidak,but zaman sekarang ni tak ada apa-2 yg mustahilkan? sekiranya bukan parent yg tidak menghargai,maybe ada adik beradik kita yg tidak menghargai kita..dalam erti kata yg lain,adikberadik pun ada yg bergaduh kaw-2 punya sampai menggunakan parang atau pun benda yg boleh memudaratkan diri seseorang individu tu.. abang atau pun kakak masih menghargai ke adikadik mereka sekiranya tiap-2 hari duk bertekak je.. if bertekak gitu-2 hal je,tak kisah la sangatkan? yg bergaduh sampai ada yg jadi penghuni hospital tu apa cerita?? menghargai ke namanya? tidak bukan?
  2. Bila kita tidak dihargai oleh kawan-2 atau sahabat handai : ok,yg ini biasalah kan? susah nak cari kawan-2 yg boleh menghargai diri kita,apatah lagi nak cari sahabat..sahabat ni orang kata 1 dalam 1000 orang mungkin ada..tu pun kalau ada la,kira beruntunglah sekiranya kita ada sahabat dalam hidup kita ni..yg betul-2 layak digelar sahabat ok.. bukan yg depan duk mengaku kitalah sahabat,tapi belakang kita..dia 'prek' kita.. hee,bukan sahabat namanya tu.. itu carik nahas namanya kan? perlu banyak-2 bersabar sekiranya berjumpa dengan orang macam ni.. :)
  3. Bila kita tidak dihargai oleh kawan istimewa : kawan istimewa? siapa? bf atau gf? atau bff? #ehh.. ok-2,pendek kata yg istimewa la kat dalam hati kita ni.. kes yg ni memang selalu didengarinye pun.. HAHA,kan? betul tak korang? remaja sekarang ni bila bercinta,nah.. memang ramai yg akan menghadapi krisis ini.. kekadang tu rasa macam tak dihargai,yer idok? adat la tu kan? bercinta, sedangkan lidah lagi tergigit,apatah lagi suami dan isteri.. #Ehh! IM SORRY, gurau-2.. hikhik.. tapi suami isteri pun masih boleh digelar teman istimewakan? lagi la,dah halal pulak tu.. hihi,ok tak kisahlah kan..yg penting sekarang,isu kat atas ni haa.. tak dihargai salah siapa? haa,jawab-2.. :D 
Siapa yg harus dipersalahkan di sini? aku? kau? atau korang? haa,tepuk dada.. tanya kat hati korang.. pada pendapat aku la, diri aku sendiri.. aku takkan salahkan sesiapa andai kata orang kat sekeliling aku tidak menghargai aku.. sebaliknya,aku akan tanya diri aku sendiri.. kenapa mereka tidak hargai aku? aku tak hargai mereka ke? mereka selesa ke bersama aku? aku ada sakitkan hati mereka ke? soalan-2 ni akan bermain difikiran aku bila aku rasa aku tidak dihargai..
 
Sekiranya ada orang yg tidak menghargai orang yg benar-2 tulus sayangkan dia, aku rasa orang tu ada penyakit,penyakit tidak pandai bersyukur.. atau mungkin dia fikir dia tidak perlukan sesiapa dalam hidup dia.. dia fikir diri dia je, orang lain lantaklah, asalkan dia bahagia.. dalam erti kata lain,pentingkan diri sendiri.. tapi kalau difikirkan balik, ada ke orang yg sanggup lukakan hati orang yg mereka sayang? biasanya la kan, orang akan mudah sayangkan seseorang tu bila dirinya rasa amat dihargai.. melainkan tak pandai nak bersyukur,tu je.. :) nak orang lain hargai kita,kita kena hargai orang lain dulu.. if orang tu tak hargai kita jugak, tak payah dah nak hargai orangyg tak hargai kita.. biarkan je mereka dengan hidup mereka, asalkan mereka tak kacau hidup kita sudah.. ye tak? hikhik.. :D
 
#MAAF andai pendapat aku ni ada buat sesiapa terasa.. ini hanya pendapat aku je, takda kena mengena dengan sesiapa.. harap maklum.. dan siapa yg perlu dipersalahkan? sebaik-baiknya kita tanya diri kita sendiri, In Shaa ALLAH, kita akan dapat jawapannya.. itu lebih baikkan? daripada kita menyalahkan orang lain tanpa usul periksa.. akhir kata, kita diberi akal yg sihat oleh yg Kuasa.. kenapa kita tidak menggunakannya dengan sebaik yg mungkin? hargailah apa yg kita ada.. bersyukurlah hingga ke saat ini, kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menggunakan otak kita.. sesungguhnya ALLAH amat menyayangi kita, sebab tu la kita dikurniakan oleh-NYA cukup sempurna.. :) Assalamualaikum WBT..

*Diambil dari Google*

0 Ulasan:

Catat Ulasan


Older post / Newer Post

© 2011-2013 - ARiFiRA - All rights reserved