Follow | Dashboard




Welcome!
Welcome to Eiyra Hisham's world!.
I don't like the rippers and copycats.
Your comment makes me happy ^^
bold italic strike underline em


Sila tinggalkan jejak anda di bahagian 'Taggie',supaya mudah untuk saya menjejak anda kembali. Terima Kasih! :)

Navigation
Affies
Taggie


Credits
Template by : LovelessSagiri
Some inspiration of : Tumblr
Best view : Google Chrome
Sozai : Kawaii Box
Re-edit by : Eiyra Hisham
.Eiyra Hisham.

Rabu, 19 Disember 2012 | 0 Comment(s). Leave me one?
Ehem Ehem! Sudah lama rasanya aku tidak menjenguk teratak blog ku ini.. Rindu yg amat mahu berblogging, tapi apakan daya.. masa amat mencemburuiku, ditambah pula dengan penyakit M aku ni haa.. memang dah hampir dua bulan aku tak usik blog ni.. tapi tak mengapa,kini akanku luangkan sedikit masa untuk membuat entry baru di bulan Disember ini.. yea! Dalam banyak banyak bulan,bulan Disember la yg paling aku suka.. hihi, nak tahu kenapa?? Cuba korang teka kenapa? Siapa dapat jawab aku kasi 20 sen.. Haa, siapa nak jawab? Hurm, macam takda yg menyahut pun.. *ok sedih* biar aku kasi tahu sama korang yer, antara sebab kenapa aku suka bulan Disember ni.. :)

  • Bulan Disember bulan kelahiran aku..
  • Bulan Disember budak budak sekolah cuti sekolah.
  • Bulan Disember merupakan bulan terakhir dalam kalendar.
  • Bulan Disember membuatkan aku rasa aku lebih muda dari geng yg lahir pada tahun yg sama.
  • Bulan Disember banyak kenduri kahwin. #Ehh
Tengok,banyak yg best bulan Disember ni kan? yg paling bestnya sebab bulan Disember jugaklah usia aku akan genap dan semakin meningkat.. yea,aku sedar.. aku makin tua even masih ada yg cakap usia aku belasan tahun,hihi.. *malu* :)

And paling gempak sekali! sila ke hadapan semuanya,saya nak buat sikit Pengumuman ni.. Testing testing.. *pegang microfon* Ehem,untuk pengetahuan korang.. mungkin ada yg dah tau pun, actually.. ramai yg dah tau sebenarnya,hehe.. tapi tak mengapalah saya bagi tahu jugak pada korang semua.. hari ni 19 Disember merupakan tarikh bersejarah buat adik adik batch 97`s.. kenapa bersejarah? ehh,mana taknya.. mereka mereka ni berdebar debar semuanya pagi tadikan? Keputusan exam PMR telah pun beranak pada hari ini.. *ok tak lawak* dan nak dijadikan story,adik aku salah seorangnya la.. Kesempatan ini jugak aku nak ucapkan Tahniah kepada adik aku Nur Hidayah kerana berjaya mendapat 4A 3B dan 2C.. "Along harap Ida takmau sedihsedih,Alhamdulillah..adik along ni lulus jugakkan? Along harap Ida tak putus asa dan lebihkan lagi usaha untuk SPM 2014 nanti, In Shaa ALLAH panjang umur kita samasama buktikan nanti yer.. Buktikan pada ibuayah yg kita boleh jadi anak yg berjaya kepada meraka, kita mesti buat mereka bangga dan bahagia dgn kita.. Ingat pesan along ni ok?" :)

Pejam celik pejam celik,tahun 2013 makin menghampiri kita.. sudah terlaksanakah semua azam kita pada tahun 2012 ni?? Haaa, tepuk dada,tanya pada diri kita sendiri ok.. aku pulak boleh dikatakan hanya 70% jer  azam aku yg berjaya dilaksanakan, Alhamdulillah,syukur.. Korang semua pulak macam mana?? :) aku harap kita samasama perbaiki kekurangan yg ada dalam diri kita ni,supaya boleh jadi yg lebih baik pada masa akan datang.. In Shaa ALLAH, nak 1000 daya.. taknak beribulah dalihnya kan??

Oleh kerana dah banyak aku membebel kat sini, aku rasa elok benarlah sekiranya aku mengundurkan diri..panjang umur, In Shaa ALLAH. kita jumpa lagi di entry yg lain noh.. hihi, tata korang.. *lambaitangan*
Assalamualaikum WBT.. ;)

0 Ulasan:

Catat Ulasan


Older post / Newer Post

© 2011-2013 - ARiFiRA - All rights reserved